BeritaProgram

Negeri Sembilan salur RM490,000 kepada usahawan agromakanan terjejas banjir

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan menyalurkan peruntukan berjumlah RM490,000 kepada 490 usahawan agromakanan terjejas banjir baru-baru ini.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, hasil tanaman dan ternakan usahawan agromakanan di negeri ini mengalami kerugian besar akibat banjir.

“Bantuan bernilai RM1,000 setiap seorang akan diagihkan melalui Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar dan Jabatan Perikanan daerah masing-masing.

“Bantuan ini bukan sebagai ganti rugi tetapi sebagai rasa prihatin Kerajaan Negeri kepada usahawan agromakanan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button