Berita

Negeri Sembilan tawar makmal Covid-19 dengan harga berpatutan

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menerusi Perbadanan NS (NS Corporation) dengan usahasama Unclezam Holding Berhad menawarkan kemudahan makmal kesihatan dengan harga yang berpatutan.

Justeru, Perbadanan NS elah memeterai perjanjian usahasama bersama Unclezam Holding Berhad untuk menubuhkan sebuah makmal kesihatan di Negeri Sembilan.

Pengerusi Perbadanan NS, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek berkata, Makmal NSC-ZamMedi Lab Sdn Bhd telah mula beroperasi pada awal Januari 2022 di Pusat Perdagangan Paroi dengan kos awalan makmal RM2 juta.

“Makmal Kesihatan ini menawarkan perkhidmatan ujian RT-PCR, RTK-Antigen, ujian kadar antibodi dan semua ujian berkaitan Covid-19 dengan harga yang berpatutan serta dengan perolehan keputusan yang pantas.

“Ianya akan dikembangkan dengan pelbagai ujian kesihatan untuk beroperasi penuh sebagai makmal kesihatan secara berpeingkat.

“Makmal ini dilengkapkan dengan pelbagai kelengkapan yang canggih dan terkini.

“Klinik swasta, sektor perindustrian, agensi kerajaan serta orang awam boleh menggunakan kemudahan di NSC-ZamMedi Lab Sdn Bhd,” jelas Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie berkata demikian selepas memeterai perjanjian dengan Unclezam Holding Berhad di Seremban.

Unclezam Holding Berhad diwakili oleh Pengerusi Eksekutif, Encik Norizam Tukiman.

Menurut Mohamad Rafie lagi, hasrat Kerajaan Negeri Sembilan menerusi Perbadanan NS mewujudkan sebuah makmal kesihatan yang lengkap di Negeri Sembilan adalah untuk memastikan kemudahan kesihatan yang efisyen dan pantas kepada rakyat dengan harga yang berpatutan diperolehi oleh rakyat di Negeri Sembilan.

Mohamad Rafie juga Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan.

Show More

Related Articles

Back to top button