Berita

Negeri Sembilan tawar tiga lokasi bagi Projek Perumahan Rakyat

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan tiga tapak bagi pembangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri telah menawarkan tiga lokasi di Seremban, Jempol dan Tampin.

“Setiap tapak ini berkeluasan 20 hingga 30 ekar untuk tujuan pembinaan PPR ini.

“Bergantung kepada KPKT untuk menilai kesesuaian tapak lokasi ini.

“Kerajaan Negeri sentiasa beri kerjasama dan sokongan kepada Kerajaan Persekutuan dan KPKT bagi merealisasikan projek ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Logo Baharu Majlis Daerah Rembau di Wisma Negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button