Berita

Negeri Sembilan teruskan insentif diskaun premium tanah

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan meneruskan insentif diskaun premium pembangunan tanah bagi menggalakkan sektor perniagaan untuk tahun ketiga.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, diskaun 25 peratus diberikan kepada pemohon yang menjelaskan bayaran premium sekaligus dalam tempoh 30 hari dari tarikh menerima Notis 5A atau 7G daripada pentadbir Tanah Daerah.

“Sekiranya premium dijelaskan sekaligus dalam tempoh 60 hari, diskaun sebanyak 15 peratus diberikan.

“Insentif ini diperkenalkan pada tahun 2021 dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Mesyuarat Exco) bersetuju untuk meneruskan insentif ini pada tahun ini,” kata beliau.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong.

Show More

Related Articles

Back to top button