Berita

Nicole anjur Hi Tea perpaduan

Seremban: Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan merangkap Ketua Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan Lee Koon telah mengadakan Hi Tea perpaduan di Klana Resort.

Nicole berkata, program ringkas tersebut dihadiri semua pimpinan wanita PH dan BN.

“Ini merupakan titik permulaan untuk menjalinkan persahabatan demi perpaduan negara kita.

“Dalam pada itu, Ketua Wanita UMNO, Dato’ Lateffah Ali tidak dapat hadir kerana sibuk dengan pemilihan parti mereka.

“Walaubagaimanapun, saya akan aturkan perjumpaan dengan beliau selepas ini,” kata Nicole.

Show More

Related Articles

Back to top button