Berita

Nicole desak Kerajaan Persekutuan besarkan Jalan Seremban 2 – Persimpangan Jalan Labu

BUKIT KEPAYANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon mendesak Kerajaan Persekutuan membesarkan laluan dari Seremban ke Persimpangan Jalan Labu serta Plaza Tol Seremban.

“Saya sering kali mendapat aduan berkaitan kesesakan lalu lintas antara Seremban 2 sehingga ke Persimpangan Jalan Labu.

“Kenderaan yang keluar dari Plaza Tol Seremban sering kali buat pusingan-U melalui lampu isyarat dan keadaan ini menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Saya pernah memohon enam kali kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk meluaskan jalan serta meletakkan papan tanda dilarang membuat pusingan-U di lampu isyarat (lalu jalan alternatif di Jalan Labu Lama).

“Namun sehingga kini, Kerajaan Persekutuan cuma meletakkan papan tanda jalan alternatif sahaja,” kata Nicole Tan.

Nicole Tan berharap, orang ramai dapat menggunakan jalan alternatif untuk ke arah Senawang dan tempat lain untuk mengurangkan kesesakan jalan raya.

Show More

Related Articles

Back to top button