Menarik
Dua buah tabika terima sumbangan kewangan dari Musliadi
JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu, telah memberikan sumbangan kewangan kepada Tabika Perpaduan Taman Bahau dan Tabika Perpaduan Taman Desa Puteri.
Musliadi berkata, sumbangan tersebut bertujuan menampung perbelanjaan pengurusan keceriaan kelas tabika dan melaksanakan program.
“Sumbangan telah saya berikan kepada Puan Roseni Jaapar dari Tabika Perpaduan Taman Bahau dan Puan Nordahlia Dahlan dari Tabika Perpaduan Taman Desa Puteri.
“Semoga sumbangan ini membantu pengurusan menjalankan aktiviti yang bermanfaat buat anak-anak di tabika tersebut,” kata Musliadi.