Berita

NS Corp sumbang RM750,000 kepada Kerajaan Negeri

SEREMBAN: Perbadanan NS (NS Corp) telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM750,000 kepada Kerajaan Negeri.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek berkata, NS Corp selaku syarikat hak milik penuh Kerajaan Negeri yang melakukan pelbagai aktiviti ekonomi bagi menyumbang kepada pendapatan Kerajaan Negeri khususnya dalam bentuk Hasil Bukan Cukai.

“Terbaru, pada suku keempat tahun ini, NS Corp telah menyumbang RM7.3 juta kepada Kerajaan Negeri menerusi premium tanah.

“Pada tahun ini, Kerajaan Negeri akan merekodkan dapatan hasil yang lebih tinggi menghampiri RM500 juta berbanding yang disasarkan dalam Belanjawan 2022 iaitu sebanyak RM430 juta.

“Ianya adalah satu pencapaian yang membanggakan.

“Dalam pada itu, NS Corp juga turut membayar zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sebanyak RM50,000,” kata Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button