Berita

Pembangunan belia jangan dianaktirikan: Taufek

EKSKLUSIF: Pembangunan belia harus diberi perhatian kerana merekalah akan menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, kalau hendak melihat kejayaan Negeri Sembilan, pembangunan belia ini tidak boleh dikesampingkan, tidak boleh dianaktirikan atau tidak diberi perhatian.

“Justeru itu, saya melihat keputusan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun memberikan portfolio ini kepada saya sebagai suatu yang saya anggap cabaran dan percaya beliau melihat pembangunan belia itu penting.

“Jadi ini satu cabaran dan kebanggaan untuk saya diberikan peluang untuk memikirkan bagaimanakah untuk membangunkan belia di Negeri Sembilan.

“Maka antara perkara awal yang saya buat adalah mengadakan satu Konvensyen Harapan Belia Negeri Sembilan dalam tempoh enam bulan selepas kita mengambil alih kerajaan Negeri Sembilan.

“Saya mengadakan konvensyen anak muda ini untuk saya mendengar sendiri pandangan idea anak muda sendiri,” ujar Mohamad Taufek.

Mohamad Taufek

Mohamad Taufek berkata, sudah pasti yang lebih memahami golongan belia ini ialah golongan belia sendiri.

“Saya ketika itu pun dah hampir lima puluh tahun, maknanya mungkin jarak umur itu agak jauh.

“Cita rasa dengan pengalaman saya ketika belia dahulu juga berbeza.

“Jadi saya mengambil peluang itu untuk mengadakan Konvensyen Harapan Belia Negeri Sembilan untuk mendapatkan feedback dan input daripada mereka.

“Alhamdulillah antara salah satu input yang mereka persetujui ataupun boleh kita sebut sebagai resolusi konvensyen tersebut ialah penubuhan satu pusat setempat untuk belia,” jelas beliau.

 

Show More

Related Articles

Back to top button