Berita

Kaligrafi seni mendalami perasaan

SEREMBAN: Seni kaligrafi adalah medium untuk mendalami perasaan seseorang.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harum berkata, ia bukanlah sekadar seni visual semata-mata.

“Sebaliknya, ia juga merupakan satu bentuk ekspresi seni yang mempunyai akar sejarah yang panjang dalam tamadun Cina.

“Seni kaligrafi ini juga merupakan seni yang telah lama ada dalam bangsa mereka.

“Oleh itu pertandingan kaligrafi ini perlu dipertahankan dan diteruskan lagi kepada generasi akan datang,” kata Aminuddin di Majlis Perasmian Pertandingan Kaligrafi di Sekolah Tinggi Chung Hua, Seremban.

Dalam pada itu beliau turut memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM300,000 kepada sekolah tersebut.

“Sumbangan adalah bertujuan membantu pihak sekolah menyediakan prasarana yang kondusif dan melaksanakan aktiviti ke arah pembangunan pelajar,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button