Berita

Penggerak Madani usaha terapkan karamah insaniah individu

REMBAU: Program Penggerak Madani Negeri adalah salah satu usaha untuk mewujudkan karamah insaniah dalam setiap individu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, program yang melibatkan program yang melibatkan Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan ini mampu wujudkan daya saing yang tinggi dalam organisasi.

“Selain itu, ia juga bertujuan menerapkan nilai Madani kepada penjawat awam supaya disebar luaskan kepada masyarakat.

“Penerapan rukun Madani juga membolehkan organisasi untuk meningkat potensi secara menyeluruh dan bersepadu.

“Hal ini kerana, gagasan Malaysia Madani adalah besar dan bertaraf nasional.

“Oleh itu program ini dilaksanakan supaya dapat difahami oleh masyarakat dan tidak berakhir sebagai slogan kosong,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button