BeritaMenarik

Calendar of Event LPNS rasmi dilancarkan

PORT DICKSON: Calendar Of Event Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan bagi tahun 2024 telah rasmi dilancarkan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, kalendar tersebut menandakan bahawa terdapat pelbagai acara untuk mempromosikan pelancongan bakal diadakan di negeri ini.

“Kita juga akan memastikan setiap acara yang dijalankan itu dapat dilaksanakan dengan baik dan dan kemas.

“Di samping, setiap wang yang digunakan dapat memberikan manfaat semula kepada rakyat.

“Setiap program yang dilaksanakan juga akan dipastikan bahawa sasaran yang diletakkan akan semakin meningkat.

“Ini supaya acara yang dianjurkan itu mendapat sambutan dan perhatian daripada orang ramai,” kata Aminuddin.

Dalam majlis sama, Aminuddin turut merasmikan tapak perkhemahan campervan.

“Tapak tersebut bertempat di Batu 5, Port Dickson.

“Rasminya tapak ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian peminat-peminat campervan daripada dalam negara untuk melancong ke sini.

“Dalam pada itu, saya juga ingin menegaskan bahawa mereka yang datang ke sini untuk bermalam perlu menjaga kebersihan tapak ini.

“Hal ini supaya kita semua dapat menikmati keindahan alam semula jadi,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button