Berita
NSFC kalah tipis
KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan Football Club (NSFC) sekali lagi mencatatkan kekalahan tipis selepas tewas kepada KL City FC dengan keputusan 2-1.
Gol pasukan KL City dijaringkan oleh Zhafri Yahya pada minit ke-23, disusuli jaringan penalti oleh Paulo Josue pada minit ke 36 perlawanan.
Namun, Javabilaarivin menjaringkan gol untuk NSFC merapatkan kedudukan.
Walau bagaimanapun, kedudukan tersebut kekal hingga tamat perlawanan.