Berita

Padang ragut Rimbunan Kasih Rembau akan dijadikan pusat latihan penanaman rumput ternakan

REMBAU: Exco Pertanian dan Industri Makanan, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir, membuat lawatan ke padang ragut Rimbunan Kasih, Rembau untuk melihat keadaan di kawasan tersebut.

Menurut Bakri, terdapat usaha positif dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk menjadikan padang ragut ini sebagai pusat latihan bagi penanaman rumput untuk makanan ternakan dan pusat pembakaan lembu.

Seterusnya, Bakri membuat lawatan mengejut ke perusahaan Syarikat Lantrak Sdn Bhd dalam perusahaan susu lembu untuk melihat keadaan semasa perusahaan itu dijalankan dan diurus oleh pengusaha tersebut.

Turut hadir sesi lawatan itu ialah pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Rembau.

 

Show More

Related Articles

Back to top button