Berita
Pasangan kurang kemampuan terima rumah baharu dari Arul
NILAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar telah memberikan sebuah rumah sewa baharu kepada pasangan yang tidur di Dataran Nilai kerana tiada tempat tinggal.
Arul Kumar berkata, pasangan tersebut tidur di Dataran Nilai kerana diusir daripada rumah sewa mereka.
“Saya telah tunaikan janji saya untuk mendapatkan rumah baharu di Flat Templer Seremban dengan kadar sewa yang sangat minimum.
“Terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun kerana telah membantu mempercepatkan urusan kemasukan ke rumah tersebut,” kata Arul Kumar.