Berita

Pasar Borneo Sarawak, tarikan baharu di Seremban

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah merasmikan Pasar Tamu Dayak Seremban atau lebih dikenali sebagai Pasar Borneo Sarawak di Medan Rahang.

Gunasekaren berkata, Pasar Borneo Sarawak ini telah mula beroperasi sejak 28 Ogos lalu dengan penyertaan 21 gerai yang menjual pelbagai jenis jualan dari Sarawak seperti makanan, kraftangan, pakaian dan sebagainya.

“Pasar Borneo Sarawak ini adalah cadangan Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Puan Winnie Suri dan turut mendapat sokongan Datuk Bandar MBS, Dato’ Masri Razali dan Setiausaha MBS, Tuan Mas Midyawan dan Pengarah Jabatan Pelancongan.

“Pasar Borneo Sarawak ini juga mampu menjadi daya tarikan pelancong di Seremban terutamanya ramai masyarakat yang berasal dari Sarawak menetap di Seremban,’ kata Gunasekaren.

Pasar Tamu Dayak Seremban ini akan dibuka setiap hari Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Show More

Related Articles

Back to top button