Aktiviti

Pasukan Raja Kubang johan Pesta Bola Ngoca

KUALA PILAH: Pasukan bola sepak Raja Kubang menjadi johan Pesta Bola Ngoca kategori lelaki.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pasukan Raja Kubang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000.

“Dalam pada itu, pasukan Muscovy menjadi johan bagi kategori perempuan dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM8,000.

“Tahniah dan terima kasih kepada semua 158 pasukan yang mengambil bahagian khususnya pasukan daripada Bangladesh yang menjadi pasukan tunggal daripada luar negara yang menduduki tempat keempat.

“Tahniah juga kepada semua urusetia yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.

“Semoga Negeri Sembilan terus menjadi destinasi eko-pelancongan terkemuka di peringkat negeri dan negara.

“Insya Allah, kita jumpa lagi tahun depan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button