BeritaMenarikProgram

Pejabat Agama Islam Daerah Port Dickson bakal dapat bangunan baharu

SEREMBAN: Kerajaan Negeri telah meluluskan projek pembinaan baharu Pejabat Agama Islam Daerah Port Dickson pada belanjawan tahun 2023 dengan kos siling projek adalah sebanyak RM5juta.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun (Sikamat-PH) berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan telah dilantik sebagai agensi pelaksana projek dan pengesahan status tanah bagi tapak cadangan projek telah diperolehi daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“JKR Negeri Sembilan dalam proses melaksanakan kerja awalan iaitu kerja ukur dan pemetaan utiliti yang bermula di tapak pada 14 November 2023.

“Penyediaan rekabentuk konsep dan pelan susun atur tapak dijadualkan bermula pada awal Disember 2023 selepas kerja ukur dan pemetaan utiliti selesai,” katanya.

Aminuddin berkata demikian bagi menjawab pertanyaan ADUN Bagan Pinang, YB Abdul Fatah Zakaria (PN) di Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15 di Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button