Berita

Pelajar adalah bakal pemimpin negara: AMINUDDIN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pelajar merupakan tiang negara dan akan memimpin negara pada masa akan datang.

“Oleh itu, bimbingan, asuhan serta dorongan daripada semua aspek kehidupan perlu bermula di peringkat awal.

“Pencapaian mereka daripada akademik sahaja tidak memadai.

“Malahan pembangunan dan perkembangan yang tinggi dalam aspek keperibadian juga perlu diberi perhatian yang sama berat.

“Besarlah harapan saya agar anak-anak yang bakal menjadi pewaris negara dapat mencapai kecemerlangan dalam akademik dan juga sahsiah,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Anugerah Kecemerlangan Permata Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said 2021.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button