Berita

Kerajaan Negeri peruntuk RM10.5 juta bantu Sekolah Tahfiz Swasta

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah memperuntukan RM10.5 juta bagi membantu Sekolah Tahfiz Swasta yang terdapat di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, peruntukan tersebut menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri amat komited bagi memastikan pusat tahfiz di negeri ini bergerak ke hadapan.

“Besarlah harapan saya agar Negeri Sembilan dapat menghasilkan lebih ramai huffaz yang berkualiti.

“Seterusnya, dapat menyebarkan kalam Allah yang mulia, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Konvokesyen Madarasah As-Salihin.

Show More

Related Articles

Back to top button