Berita

Bakri santuni masyarakat Tionghua sempena Gong Xi Fa Chai

KLAWANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, YB Dato’ Bakri Sawir telah mengedarkan sebanyak 390 kotak limau Mandarin kepada penduduk dan pekedai di sekitar Pekan Kuala Klawang sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Beliau turut menyantuni masyarakat Tionghua di Kampung Ladang Jelebu dan Hosapa.

“Sebanyak 900 kotak limau telah diedarkan di mana setiap keluarga menerima sekotak limau.

“Mengikut tradisi masyarakat Tionghua, pemberian limau ini adalah amat bermakna dan diharapkan membawa tuah serta perkara yang baik pada perayaan ini.

“Saya amat berbesar hati dapat menyantuni masyarakat Tionghua sempena sambutan Tahun Baru Cina ini,” kata Bakri.

Turut hadir pada program berkenaan adalah kepimpinan MPKK Batu Serambai, Larong, Ulu Klawang, Hosapa dan Ladang Jelebu.

Show More

Related Articles

Back to top button