Berita

Tabung Peduli Palestin kutip sumbangan lebih RM1.5 juta

SEREMBAN JAYA: Tabung Peduli Palestin yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan pada Oktober lalu telah berjaya mengumpul kutipan derma melebihi RM1.5 juta.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, kutipan tersebut telah melebihi sasaran yang diletakkan iaitu sebanyak RM1 juta.

“RM451,000 merupakan kutipan daripada masjid seluruh Negeri Sembilan.

“Saya amat berbangga dengan keprihatinan rakyat negeri ini dan ribuan terima kasih diucapkan atas sumbangan tersebut.

“Oleh itu, kita akan menyerahkan duit sumbangan ini kepada pihak Global Peace Mission Malaysia selaku Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang akan menguruskannya untuk diserahkan kepada rakyat Palestin di Gaza,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button