Berita

4 buah masjid baru bukti syiar Islam terus dimartabat

SEREMBAN: Siapnya empat buah masjid baharu di Negeri Sembilan adalah bukti bahawa Kerajaan Negeri Sembilan terus memartabatkan syiar Islam di negeri ini.

Empat buah masjid baharu itu menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri sepenuhnya. Ia adalah bertujuan untuk menampung keperluan penduduk setempat.

Selain itu, terbinanya masjid adalah bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk setempat. Hal ini demikian kerana terdapat antara masjid lama di kawasan itu telah usang dan mempunyai banyak kerosakan yang memerlukan kos tinggi untuk baik pulih.

Dalam masa sama, ia adalah hasrat Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun untuk melihat institusi tersebut sebagai medan dakwah kepada masyarakat setempat.

Sebanyak RM21.91 juta telah diperuntukkan bagi membina empat buah masjid tersebut. Dalam pada itu, terdapat dua buah masjid lagi yang akan diumumkan pada tahun hadapan.

Terbinanya masjid ini juga secara tidak langsung dapat menutup mulut pihak sebelah sana bahawa kerajaan hari ini ditunggangi DAP.

Show More

Related Articles

Back to top button