BeritaMenarik

Zaifulbahri serah bantuan kewangan kepada 12 pelajar IPT

CHEMBONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong, YB Dato’ Zaifulbahri Idris telah menyerahkan bantuan kewangan kepada 12 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Perbelanjaan di IPT agak tinggi dengan bayaran yuran pengajian, kos persediaan untuk asrama, buku-buku rujukan dan pelbagai perbelanjaan lagi.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan dan membantu pelajar ini dalam persediaan ke IPT nanti.

“Tahniah kerana berjaya melanjutkan pelajaran.

Semoga anda semua akan memperolehi kejayaan di menara gading,” kata Zaifulbahri.

Zaifulbahri berkata demikian di majlis penyerahan bantuan kewangan tersebut di Pusat Khidmat Rakyat Chembong.

Pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah menerima RM1,000, Diploma RM750 dan Sijil RM500.

Show More

Related Articles

Back to top button