BeritaMenarik

Veerapan santuni kanak-kanak Kristian sempena sambutan Krismas

TAMPIN: Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan, YB  Veerapan Superamaniam telah menghadiri Sambutan Hari Krismas Peringkat Parlimen Tampin anjuran Persatuan Kebajikan Prihatin Gemencheh (GRACE).

“Saya telah menyumbang RM2,000 kepada GRACE dan turut memberi ‘Duit Krismas’ kepada 100 kanak-kanak yang hadir di majlis ini.

“Saya juga menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada keluarga yang kurang berkemampuan dan OKU.

“Lebih 400 orang telah hadir dan memeriahkan majlis ini,” kata Veerapan yang juga ADUN Repah.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Mohd Isam Mohd Isa dan ADUN Gemencheh, YB Suhaimizan Bizar.

Sambutan Krismas ini diadakan di Dewan Terbuka Taman Regent, Gemencheh.

Show More

Related Articles

Back to top button