BeritaProgram

PENCAPAIAN PH NS: Penantian 15 tahun pembeli rumah di Taman Perpaduan Heights berakhir

Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan berjaya menyelesaikan permasalahan projek perumahan Taman Perpaduan Heights, Kuala Pilah yang terbengkalai dan membelenggu 206 pembeli rumah sejak tahun 2006.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, di awal Kerajaan Pakatan Harapan diberi mandat, beliau didatangi oleh wakil pembeli yang memohon agar permasalahan ini dapat diselesaikan oleh Kerajaan Negeri.

“Pada 18 September 2019, Kerajaan Negeri telah bersetuju dengan cadangan penyelesaian iaitu pemberimilikan tanah lot kepada 206 pembeli rumah projek perumahan terbengkalai Taman Perpaduan Heights berkeluasan 32.84 ekar dan penyediaan kemudahan infrastruktur oleh Kerajaan Negeri dengan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM5.5 juta.

“Kerajaan Negeri memberikan sebidang tanah kepada setiap pembeli dengan ukuran 3,000 hingga 5,000 kaki persegi di Juasseh mengikut jenis rumah yang dibeli.

“Kerajaan Negeri juga akan menyediakan kemudahan asas seperti jalan, longkang dan paip air manakala para pembeli bertanggungjawab membangunkan lot sendiri sama ada melalui Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) atau kaedah lain,” kata Aminuddin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button