Berita

Pelan tindakan kurangkan risiko banjir di Johol

SEREMBAN: Jabatan Pengairan Saliran (JPS) Negeri Sembilan melalui JPS Daerah Kuala Pilah telah melaksanakan beberapa pelan jangka masa pendek bagi mengurangkan risiko banjir khususnya di kawasan Johol.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, kerja-kerja penyaluran untuk mengurangkan risiko banjir Anak Air Taling di Kampung Geduhum telah siap sepenuhnya pada 6 April 2022 berjumlah RM19,750.

“Kerja-kerja membina ban di tebing sungai untuk mengurangkan risiko banjir di Sungai Johol di Kampung Kuala Johol telah siap sepenuhnya pada 1 Ogos 2022 berjumlah RM19,842.

“Kerja-kerja penyaluran Sungai Jelai di Kampung Air Taling telah siap sepenuhnya pada 11 Ogos 2022 berjumlah RM72,730.

“Kerja-kerja membina struktur penahan tebing (Gabion) Sungai Johol di Kampung Pasit telah siap sepenuhnya pada 2 September 2022 berjumlah RM84,102.

“Program pemuliharaan Sungai Batang Jelai bagi mengurangkan risiko banjir di Kampung Kabong telah siap sepenuhnya pada 12 Julai 2022 berjumlah RM37,600,” jelas Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14.

Show More

Related Articles

Back to top button