BeritaMenarikProgram

Pelawaan permohonan Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2025

Dengan inspirasi bagi melahirkan lebih ramai pemimpin dalam kalangan wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) menganjurkan program PERANTIS.

Apa itu PERANTIS ?

Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2025 bagi memperkasa kepimpinan wanita melalui bimbingan tokoh wanita berjaya.

Melalui program ini, tokoh wanita atau wanita berjaya yang terpilih akan diberikan geran peruntukan untuk menjalankan program pembangunan kepimpinan wanita bagi melonjakkan kompetensi wanita dalam pelbagai bidang.

Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Mungkin andalah PERANTIS yang kami cari.

Tarikh permohonan: 27 Februari 2025 – 26 Mac 2025.

Untuk info lanjut dan cara memohon, layari pautan berikut : https://iwanita.my/

Show More

Related Articles

Back to top button