Berita

Pelbagai tarikan pelancongan di Bandar Seremban

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mempunyai visi untuk menjayakan industri pelancongan di setiap pelusuk negeri ini.

Menteri Besar, YAB Dato’Seri Aminuddin Harun berkata, ini termasuklah di bandar lama Seremban yang sebelum ini diabaikan dan dibiarkan sekian lama.

“Kini pelbagai tarikan ada di sini seperti Sungei Ujong Walk, Benteng Walk, Little India dan Lorong Seni terpanjang di Malaysia yang dilihat mampu mewujudkan satu ekosistem pelancongan lengkap buat pelancong dalam dan luar negara.

“Sungei Ujong Walk meraikan ulang tahunnya yang ke-20 pada tahun ini dan satu masa dahulu bermula dengan konsep cultural street ataupun lorong budaya.

“Semoga usaha ini bukan sahaja menarik pelancong, sebaliknya mampu mendaya-upaya ekonomi masyarakat setempat di bandar Seremban khususnya, dan Negeri Sembilan amnya,” kata beliau.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Penutup Karnival Tahun Baru Cina Negeri Sembilan 2022, di N9 Sungei Ujong Walk.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button