BeritaMenarik

Pembinaan 100 rumah PPR Jempol bernilai RM24 juta diluluskan

SEREMBAN: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan pembinaan PPR Jempol di Kampung Dato’ Johan, Mukim Serting Ulu, Daerah Jempol bernilai RM24 juta.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri bersetuju memberi tanah seluas 3.5 hektar secara percuma kepada KPKT bagi pembinaan 100 unit rumah teres.

“Kerja awalan akan bermula tidak lama lagi manakala pembinaan dijangka akan bermula awal tahun depan.

“Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming di atas kelulusan pembinaan PPR Jempol di DUN Serting.

“Saya juga ingin menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga kerana menerima cadangan Kerajaan Negeri bagi pembinaan perumahan rakyat di bawah KPKT dan lokasi yang dicadangkan di atas tanah Kerajaan Negeri yang berkeluasan 40 ekar di Kampung Pantai, Mukim Lenggeng, Seremban.

“Semoga pembinaan perumahan rakyat ini dapat terus memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan di Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button