Berita
Pembinaan sistem perparitan Kg Melayu Panchor siap sepenuhnya
LENGGENG: Pembinaan serta penambahbaikan sistem perparitan culvert yang lebih besar di Kampung Melayu Panchor telah siap sepenuhnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, YB Suhaimi Kassim berkata, sistem perparitan yang dibina sepanjang 300 meter itu bagi mengatasi masalah banjir di kawasan itu.
“Dalam masa sama, ia juga mampu mengatasi masalah banjir yang mengganggu kenderaan yang lalu,” kata Suhaimi.