Berita

Pencapaian Negeri Sembilan bukti ketelusan pentadbiran

TAMPIN: Pelbagai siri pencapaian serta inisiatif diwujudkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan membuktikan ketelusan serta kesungguhan jentera pentadbiran yang dipimpin oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, perkara ini telah dibuktikan apabila Negeri Sembilan berjaya mencatatkan nilai pelaburan tertinggi dalam sejarah iaitu RM7.93 bilion pada tahun 2020.

“Dalam masa sama, rizab Kerajaan Negeri juga pertama kali berjaya mencecah RM1.06 bilion.

“Walaupun mandat lima tahun masih berbaki setahun lagi, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah berjaya melaksanakan 95 peratus daripada 71 tawaran manifesto PRU-14.

“Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan setiap tahun menyaksikan pelbagai inisiatif yang diperkenalkan meliputi bidang tumpuan ekonomi rakyat, pendidikan, kebajikan, pemerkasaan komuniti, belia dan wanita, kerohanian dan agama, institusi adat dan pentadbiran.

“Walaupun begitu, Kerajaan Negeri mahu pembangunan dan kemajuan perlu seimbang bersama rohani dan jasmani.

“Kesedaran spiritual menjadi kompas moral yang memandu kerajaan negeri untuk dapat mengemudi bahtera kerajaan dengan seimbang,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian ketika Merasmikan Wacana Negeri Sembilan Nan Bahagia di Dewan Perdana Tampin.

Show More

Related Articles

Back to top button