Berita

Negeri Sembilan Nan Bahagia

TAMPIN: Pada April lalu, PLANMalaysia telah menobatkan Negeri Sembilan sebagai negeri paling bahagia di Malaysia dan Tampin sebagai daerah paling bahagia.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pengiktirafan tersebut diberi kerana semua daerah di Negeri Sembilan mendapat skor melebihi 80 peratus dalam Indeks Kebahagiaan 2021 bagi bandar di Malaysia.

“Skor tersebut diberikan setelah mengambil kira tahap dan kualiti pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan pepejal serta kutipan sampah di kejiranan dan komuniti.

“Pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan kepada Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri percaya walau apapun ukurannya, kami akan terus memberikan khidmat terbaik selaras dengan motto ‘Bersih, Muafakat, Sejahtera’,” Kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian ketika Merasmikan Wacana Negeri Sembilan Nan Bahagia di Dewan Perdana Tampin.

Berikut senarai daerah di Negeri Sembilan dan skor yang diberikan oleh PLANMalaysia:

Tampin: 99.5 peratus

Jelebu: 97.85 peratus

Jempol: 89.07 peratus

Kuala Pilah: 88.39 peratus

Port Dickson: 85.76 peratus

Seremban: 83.60 peratus

Rembau: 81.91 peratus

Show More

Related Articles

Back to top button