Menarik

Latif santuni pesakit, hulur sumbangan kewangan

GEMENCHEH: Amalan menziarahi pesakit sememangnya sesuatu yang mulia kerana ia bukan sahaja menunjukkan seseorang mengambil berat tentang tahap kesihatan malahan menaikkan semangat pesakit untuk melawan penyakitnya.

Kesempatan ini digunakan oleh Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi dengan mengadakan Program Ziarah Pesakit di sekitar DUN Gemencheh.

Abd Latif berkata, ziarah dimulakan dengan melawat dua orang peneroka Felda Bukit Jalor.

“Encik Zulkifli merupakan pesakit gout yang baru selesai menjalani pembedahan di bahagian kakinya dan Encik Mohd Hisham yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi sehingga tidak mampu melakukan kerja-kerja berat.

“Seterusnya Abd Latif melawat seorang pelajar yang terlantar akibat kemalangan jalan raya pada Hari Raya Aidil Haji baru-baru ini di Parit Buloh.

Akibat kemalangan tersebut, beliau tidak mampu menguruskan diri kerana patah kedua-dua belah kaki dan tangan,” jelas Abd Latif.

Abd Latif turut menziarahi seorang penduduk Kampung Air Kuning Selatan yang mengalami tekanan darah tinggi sehingga mengakibatkan beliau kemalangan ketika pulang dari kerja.

“Program Ziarah Pesakit disudahi dengan melawat seorang pesakit kanser saluran hempedu tahap 3, Encik Mohd Tarmizy di Kampung Tengah.

“Tahap kesihatan beliau semakin tidak memuaskan dan perlu menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Tuanku Jaafar.

“Dengan menziarahi pesakit kita dapat menyelami dan menghayati penderitaan mereka yang menghadapi musibah,” ujar Abd Latif.

Abd Latif menyerahkan sumbangan kewangan kepada semua pesakit yang disantuni beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button