BeritaMenarik

Pencapaian SPM 2022 Negeri Sembilan meningkat

SEREMBAN: Pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan lebih baik berbanding tahun 2021.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek berkata, Gred Purata Negeri (GPN) bertambah dengan pencapaian 4.50 pada tahun lalu berbanding 4.62 pada 2021.

“Pencapaian kesemua daerah juga semakin baik serta perbezaan pencapaian diantara sekolah bandar dan luar bandar juga kecil.

“Kolej Tunku Kurshiah mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) terbaik di negeri ini dengan catatan 1.12.

“Manakala, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Hj Abu Hassan Hj Sail mencatatkan GPS 1.59 bagi kategori Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.

“Sebanyak 35 buah sekolah di Negeri Sembilan mendapat pencapaian 100 peratus kelulusan dan semua pelajar layak mendapat sijil SPM.

“Tahniah kepada para pelajar, warga pendidik, ibu bapa, PPD dan JPNS di atas kejayaan ini,” kata Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button