BeritaMenarik

Projek 515 unit rumah baharu di Taman Arowana, Lenggeng

105 unit rumah berharga RM80,000

LENGGENG: Sebanyak 515 unit rumah akan dibina di Taman Arowana, dekat sini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri telah menetapkan sebanyak 51 peratus atau 262 unit rumah adalah kategori Rumah Mampu Milik (RMM).

Sebanyak 105 unit rumah Type A, 79 unit rumah Tybe B dan 78 unit rumah Type C. Selebihnya rumah teres dua tingkat Type D serta bangunan komersial rumah kedai satu dan dua tingkat.

“Kediaman Type A di bawah projek ini rumah teres setingkat dengan keluasan tanah 1,200 kaki persegi dan keluasan binaan 941 kaki persegi.

“Kediaman ini dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air dengan harga jualan bermula pada RM80,000.

“Kerja-kerja pembinaan kediaman Type A telah bermula dan dijangka siap selewat-lewatnya pada Disember 2024,” jelas Aminuddin.

Aminuddin berkata, projek ini satu lagi bukti komitmen Kerajaan Negeri Sembilan yang sentiasa peka dan mengambil berat tentang pemilikan rumah mampu milik untuk terus membela nasib rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah.

Turut hadir, Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, YB Ustaz Suhaimi Kassim.

 

Show More

Related Articles

Back to top button