Berita

Pengeluaran bahan batuan patuhi syarat ditetapkan

SEREMBAN: Semua pemegang permit bahan batuan yang merangkumi pasir sungai, pasir daratan, kuari, pasir laut dan tanah merah adalah tertakluk kepada semua peraturan yang telah ditetapkan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, selain itu, semua pemegang permit juga perlu mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh agensi teknikal.

“Oleh hal yang demikian, pemantauan sentiasa dijalankan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan bersama Pejabat Daerah dan Tanah.

“Ini supaya jika terdapat sebarang ketidakpatuhan kepada syarat permit akan menyebabkan pemegang permit boleh dikenakan tindakan lucut hak deposit keseluruhan, penggantungan permit atau pembatalan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, YB Mohamad Hanifah Abu Baker.

Show More

Related Articles

Back to top button