Berita

BAJET 2024: Bantuan Anak Sekolah diteruskan

SEREMBAN: Bantuan Anak Sekolah (BAS) diteruskan lagi dalam Belanjawan 2024.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan tersebut akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM900 ribu.

“Manakala, RM800 ribu pula diperuntukkan bagi pelajar sekolah menengah di bawah inisiatif Biasiswa Anak Negeri.

“Dalam pada itu, program Fast-Track Lepasan Tahfiz juga diteruskan untuk tahun ketiga berturut-turut dengan peruntukan sebanyak RM500 ribu.

“Selain itu, satu program pembinaan karakter bangsa akan diperkenalkan dengan peruntukan RM500 ribu.

“Ia adalah bertujuan menambah nilai dan kualiti golongan belia,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button