Berita

Pengerusi dan Setiausaha JPKK disaran beri khidmat terbaik kepada masyarakat

LENGGENG: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Sembilan Penggal 2023-2025 bagi DUN Lenggeng disarankan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, YB Mohd Asna Amin berkata, beliau berharap Pengerusi dan Setiausaha JPKK menyampaikan maklumat dasar Kerajaan Negeri kepada masyarakat setempat.

“Semoga memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan menyumbang kebaikan kepada masyarakat setempat.

“Tahniah kepada Pengerusi dan Setiausaha JPKK yang menerima watikah pelantikan daripada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan di Hotel Royal Chulan,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button