Berita

Himpun seribu hati demi capai satu perpaduan

SEREMBAN: Majlis Himpunan Solidariti Keamanan Sejagat yang bertempat di Sekolah Tinggi Chung Hua adalah bertujuan mengumpulkan seribu hati bagi menyampaikan suara keamanan dan mewujudkan satu kesepaduan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, ia adalah cara terbaik bagi kita menyatakan sokongan terhadap saudara kita di Palestin.

“Program yang membawa tema kedamaian, keharmonian dan kestabilan ini bukti manusia itu punyai begitu tinggi nilai kemanusiaan.

“Konflik yang telah berterusan selama lebih 70 tahun di Palestin telah menyebabkan pelbagai penderitaan dialamai oleh rakyat Palestin.

“Anak-anak kecil di Palestin menjadi trauma apabila mereka melihat ahli keluarga mereka dibunuh di depan mata sendiri.

“Saya percaya sekiranya kita berada di sana pada waktu itu, sudah tentu kita bertanya di mana bantuan daripada saudara seagama kita.

“Oleh itu, kita mempunyai tanggungjawab dan amanah untuk meneruskan usaha-usaha memperjuangkan isu keamanan ini secara strategik dan berhikmah tanpa mengenal erti penat, lelah dan putus asa,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button