Menarik

Tabung Prihatin Palestin capai RM1 juta

SEREMBAN: Tabung Prihatin Palestin Kerajaan Negeri Sembilan telah berjaya mencapai RM1 juta.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, jumlah tersebut sehingga tengah har semalam (Khamis).

“Terima kasih diucapkan kepada rakyat Negeri Sembilan yang memberikan sumbangan.

“Saya ingin menyeru kepada rakyat Negeri Sembilan supaya kita bersatu menentang segala penindasan terhadap Palestin.

“Semoga segala usaha dan kerja kita ini diredhai dan diterima oleh Allah, Insya Allah,” kata Aminuddin.

 

Show More

Related Articles

Back to top button