Berita

Penghulu harus berjiwa besar: AMINUDDIN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mahu penghulu berjiwa besar dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Aminuddin berkata, penghulu perlu proaktif terhadap aduan rakyat dan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah setempat.

“Selain itu penghulu harus menjadi perantara di antara Kerajaan Negeri dan rakyat dengan menyampaikan inisiatif Kerajaan Negeri kepada rakyat.

“Amat rugi kepada rakyat sekiranya mereka tidak mengetahui inisiatif dan manfaat yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri kepada mereka.

Dalam pada itu Aminuddin juga meminta penghulu membantu golongan usahawan dari mukim masing-masing yang menjual produk tempatan agar boleh dipasarkan secara meluas.

“NS Fest baru-baru ini merupakan salah satu platform terbaik bagi mengetengahkan produk tempatan dan amat rugi jika tidak ambil tahu potensi pemasaran di NS Fest,” kata Aminuddin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button