BeritaMenarik

MILA University bakal dibuka di Nilai

NILAI: Sebuah universiti yang boleh menampung 11,000 pelajar tempatan dan antarabangsa bakal dibuka di Nilai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar berkata, MILA University, Nilai (sebelum ini dikenali sebagai Manipal University, Nilai) sedang membangunkan sebuah universiti dengan pelbagai kemudahan di tapak keluasan 150 ekar di Bandar Baru Nilai.

“Kini pembangunan untuk Fasa 1 telah dimulakan dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

“Pembangunan meliputi kesemua 150 ekar termasuk beberapa kawasan komersial bersebelahan kampus ini akan mengambil tempoh selama 10 tahun untuk disiapkan.

“Saya juga menekankan agar sebarang kerja-kerja pembangunan yang dilaksanakan tidak membawa sebarang masalah kepada pihak lain.

“Saya tidak membantah sebarang projek pembangunan di kawasan DUN Nilai, tetapi mesti pastikan ia tidak menimbulkan gangguan dan masalah lain kepada masyarakat setempat,” kata Arul Kumar yang juga Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button