Berita
Peniaga terima sumbangan gerai sate dari Latif
GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi telah membantu seorang peniaga sate dengan menghulurkan sumbangan berbentuk sebuah gerai.
Abd Latif berkata, Puan Nopazila dari Felda Bukit Jalor merupakan ibu kepada lima orang anak yang telah dipilih melalui Program Peningkatan Pendapatan.
“Selain daripada gerai sate tersebut, peralatan untuk membuat sate juga telah diberikan kepada beliau.
“Semoga sumbangan ini dapat membantu beliau untuk meningkat ekonomi keluarga beliau,” kata Abd Latif.
Turut hadir, Pengerusi MPKK Felda Bukit Jalor, Encik Abd Halim.