Berita

Penukaran hak milik pajakan kepada hak milik kekal diperluaskan ke seluruh Negeri Sembilan

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan untuk memperluaskan lagi inisiatif penukaran hak milik tanah kediaman daripada pajakan kepada hak milik kekal di seluruh Negeri Sembilan

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) hari ini bersetuju membuka permohonan menukar status pajakan kepada hak milik kekal untuk semua kediaman di taman perumahan.

“Inisiatif ini merupakan salah satu janji manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 pada tahun 2018.

“Alhamdulillah, inisiatif ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan sekarang kita perluaskan insiatif ini ke seluruh Negeri Sembilan,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button