Berita

Perbadanan Negeri Sembilan bakal meterai MOU dengan Turkish Aerospace Industries

SEREMBAN: Perbadanan Negeri Sembilan (NS) bakal meterai Memorandum Kerjasama (MOU) dengan Turkish Aerospace Industries, dalam usaha membangunkan Lembah Wawasan Malaysia (Malaysia Vision Valley – MVV 2.0), khususnya Lembah Aeroangkasa NS (NS Aerospace Valley – NSAV).

Exco Pelaburan dan Industri Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek berkata, Kerajaan Negeri Sembilan telah mengadakan misi pelaburan ke Turki.

“Kita telah melawat Turkish Aerospace Industries Inc (TAI) di Ankara.

“TAI diwakili sendiri oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Prof.Dr.Temel Kotil; Naib Presiden Eksekutif, Prof.Dr.Atilla Dogan dan kesemua ketua jabatan TAI.

“Perbincangan yang amat baik di mana secara dasarnya TAI dan Perbadanan NS telah bersetuju untuk memeterai MOU untuk kedua-dua pihak meneruskan perbincangan dalam usaha membangunkan NSAV,” jelas Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button