Berita
Allif sumbang RM300 kepada 10 penjaja kecil
KOTA: Penyelaras DUN Kota, Tuan Muhammad Allif menyampaikan bantuan kewangan RM300 kepada 10 penjaja kecil di Pekan Kota.
“Bantuan one-off RM300 daripada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan kepada 10 penjaja kecil yang bersetuju untuk berniaga di pusat penjaja yang disediakan oleh Majlis Daerah Rembau.
“Terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun yang sentiasa peka dengan keperluan penjaja kecil di Negeri Sembilan, ” kata Muhammad Allif.