Berita

Restoran A & W Seremban dibuka semula

SEREMBAN: Restoren makanan segera A & W Pandu Lalu (Drive Thru) Seremban, kini telah dibuka semula.

Restoran tersebut kini digandingkan dengan kafe Jamaica Blue, yang menawarkan pelbagai minuman kopi serta kek bagi menarik minat generasi muda.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, menyedari potensi restoran tersebut, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) bersetuju melanjutkan tempoh penyewaan lokasi tersebut sehingga 31 Disember 2034.

“Tahniah kepada A & W Malaysia kerana mengubah suai restoran ini mengikut peredaran zaman dan dalam masa yang sama tidak meninggalkan elemen nostalgia yang sebati dengan restoran tersebut.

“Kedudukan restoran yang terletak berhampiran Taman Tasik Seremban mampu menjadi daya penarik pengunjung ditambah pula dengan usaha Kerajaan Negeri sejak 2019 yang menambah baik pelbagai aktiviti santai seperti berbasikal dan paddle boat serta kemudahan yang lain.

“Besarlah harapan saya agar pihak A & W dapat bersama-sama dalam mewujudkan suasana yang menarik agar lebih ramai pengunjung dapat hadir ke restoran tersebut dan juga taman berdekatan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Pembukaan Semula Restoren A & W dan Jamaica Blue.

Untuk rekod, A & W beroperasi di Seremban sejak tahun 1978 dan pastinya mengimbau kenangan pelbagai golongan di Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button