SEREMBAN: Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyarankan semua agensi dan jabatan di peringkat persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan memberikan perhatian yang serius terhadap tahap memudah cara perniagaan (ease of doing business).
Anwar berkata, perkara ini perlu bagi meningkatkan keyakinan pelabur.
“Ianya perlu bagi mempercepatkan proses pembangunan supaya dapat meningkatkan pelaburan ekonomi dan memperbaiki tahap memudah cara perniagaan di Malaysia,” kata beliau.
Anwar berkata demikian di Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara Ke-42 di Putrajaya pada petang Isnin.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Anwar dan turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pengangkutan, Menteri Ekonomi dan Menteri Besar serta Ketua Menteri bagi negeri-negeri Semenanjung Malaysia.
Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.