BeritaMenarik

Perkhidmatan bas percuma kini di Nilai

NILAI: Kerajaan Negeri Sembilan telah melancarkan perkhidmatan bas percuma bermula 1 Jun yang lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar berkata, inisiatif perkhidmatan bas percuma oleh Kerajaan Negeri Sembilan telah diperkenalkan sejak tiga tahun lepas meliputi Seremban, Jempol, Tampin dan Rembau sebelum ini dan pada tahun ini telah diperluaskan ke Nilai.

“Perkhidmatan bas percuma ini baru dimulakan pada 1 Jun lalu dan laluan akan ditambah baik mengikut keperluan.

“Saya telah mencadangkan agar laluan ke Taman Semarak juga dimasukkan.

“Sebarang perubahan atau pertambahan laluan akan dimaklumkan,” kata Arul Kumar.

Laluan bas percuma Nilai:

Stesen Bas Nilai – Klinik Kesihatan Nilai – GIANT Nilai – MBS Cawangan Nilai – USIM – Veledrom Nasional Nilai – Stadium Tertutup Nilai – IPD Nilai – Dataran Nilai – AEON Nilai – Lotus Nilai – Stesen Bas Nilai.

Masa perkhidmatan: 6.30 pagi sehingga 5.30 petang (Kekerapan setiap 60 minit) setiap hari.

Show More

Related Articles

Back to top button